Polis Ikut Telunjuk Umno?
Ceramah saya dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno! Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah.
Alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan? Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.
sumber: anwaribrahimblog.com
_________________________________________________
Polis... saya tahu melaksanakan tugas yang disarankan kerajaan dan apa yang termaktub dalam perlembagaan...
Tapi situasi di atas di mana saya sendiri berada di tempat kejadian malam itu... semamangya tidak mencerminkan kredibiliti PDRM dan demokrasi di Malaysia. Haruskah perkara seperti ini berlaku??
Rakyat mahukan penjelasan dan kenapa segelintir 'golongan' ini perlu takut apabila seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim mahu memberi penjelasan tentang isu yang dilontarkan kepadanya... Adakah demokrasi melarang seseorang individu mempertahankan kebenaran dirinya???
Situasi bodoh ini harus diubah agar menjadikan sistem perundangan, sistem kehakiman dan segala sistem yang ada di Negara 1 Malaysia ni (kononnya) berjalan se'demokrasi' yang boleh.