Monday, February 23, 2009

POLITIK MASA KINI DILIHAT DALAM KONTEKS SEMPIT

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang ini, politik sering dilihat dalam konteks yang sempit apabila ia sekadar difahami sebagai politik KEPARTIAN.

Ia sewajarnya dilihat dengan lebih meluas kerana politik melibatkan pentadbiran seluruh kehidupan manusia.

Ingin aku kongsikan bersama 2 aspek penting dalam perspektif politik Nabi Muhammad S.A.W.

1. POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.
2. POLITIK DAN AGAMA PERLU DIPEGANG OLEH ORANG ISLAM.

Nabi Muhammad memegang kuasa dari segi agama dan politik. Beliau tidak pernah memisahkan antara kedua-dua aspek ini.

Kuasa agama adalah penting kerana beliau adalah pembawa risalah Islam. Kuasa politik juga penting kepada beliau sekurang-kurangnya bagi memastikan kuasa agama yang dipegang dapat dimantapkan.

Jadi aku rasa pemimpin Melayu Islam di Malaysia ini perlu menjadikan ini sebagai satu panduan untuk mereka memerintah negara kita ini.

Renung-renungkan... Lain hari kita bicara. Wassalam.

No comments: