Saturday, February 28, 2009

HENTIKAN...

Semakin hari politik Malaysia semakin menjengkelkan...

Setiap hari isu yang timbul perkara yang remeh dan jika dibincangkan pun tidak mendapat faedahnya kepada aku sebagai rakyat...

Isu memaki sana sini... pertahankan hak... pergerakan... parti sana sini... tapi nasib rakyat dilupakan... Apa semua ni!!! Aku memilih pemimpin untuk mereka berkelahi sesama sendiri ke??? Atau pun aku pilih sebagai wakil untuknasib aku dan rakyat yang lain terbela???

Isu tol... Isu barang naik... Isu masalah ekonomi dunia... ini lah patutnya yang menjadi muka utama akhbar dan topik penting setiap pemimpin kat Malaysia ni... Bukan bergaduh kat parlimen, tuduh sana sini dalam masa yang sama telan semua duit rakyat! BODOH semua ni!!!

Monday, February 23, 2009

POLITIK MASA KINI DILIHAT DALAM KONTEKS SEMPIT

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang ini, politik sering dilihat dalam konteks yang sempit apabila ia sekadar difahami sebagai politik KEPARTIAN.

Ia sewajarnya dilihat dengan lebih meluas kerana politik melibatkan pentadbiran seluruh kehidupan manusia.

Ingin aku kongsikan bersama 2 aspek penting dalam perspektif politik Nabi Muhammad S.A.W.

1. POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.
2. POLITIK DAN AGAMA PERLU DIPEGANG OLEH ORANG ISLAM.

Nabi Muhammad memegang kuasa dari segi agama dan politik. Beliau tidak pernah memisahkan antara kedua-dua aspek ini.

Kuasa agama adalah penting kerana beliau adalah pembawa risalah Islam. Kuasa politik juga penting kepada beliau sekurang-kurangnya bagi memastikan kuasa agama yang dipegang dapat dimantapkan.

Jadi aku rasa pemimpin Melayu Islam di Malaysia ini perlu menjadikan ini sebagai satu panduan untuk mereka memerintah negara kita ini.

Renung-renungkan... Lain hari kita bicara. Wassalam.

POLITIK DAN ISLAM

Entah kenapa tiba-tiba topik ini ingin aku bincangkan bersama anda semua. Di Malaysia, perkataan politik dikenali pada akhir abad ke-19 Masihi dan mula mendapat pehatian apabila lahirnya gerakan nasionalisme Melayu yang berakhir dengan kemerdekaan Malaysia pada 1957.

Dalam koleksi buku aku, ada satu buku ditulis oleh Mustafa Hj Daud (1994) dan dalam buku itu ada tertulis bahawa Ikhwan al-Saffa, seorang ahli siyasah membahagikan siyasah (politik) kepada 5 bahagian:

i. Al-Siyasah Al-Nabawiyah (politik para nabi)
ii. Al-Siyasah Al- Mulukiyah (politik kerajaan)
iii. Al-Siyasah Al- 'Ammah (politik rakyat)
iv. Al-Siyasah Al-Khassah (politik rahsia)
v. Al-Siyasah Al-Dhatiyah (politik peribadi)

Jadi di Malaysia??? Politik apa yang digunakan? Politik wang??? Politik kronisme??? Fikir-fikirkan... Lain hari kita bicara. Wassalam.

Sunday, February 22, 2009

JANGAN MEMBELAKANGI RUKUN NEGARA

Iklim politik Malaysia pada ketika ini boleh aku katakan tidak menentu... sekejap luruh... sekejap kemarau dan sekejap dilitupi salji tebal... Namun apa yang aku hendak bicarakan di sini adalah ketidaktentuan iklim politik di Malaysia kita sendiri mampu mengubahnya.!

Bagaimana kita sebagai rakyat dapat meredakannya??? Sebagai rakyat biasa sudah tentu kita hanya mampu menulis dan memberi pendapat seperti ini... siapa pun tak mahu mendengarnya... Jadi kesimpulannya mereka-mereka di atas sana atau di 'putrajaya' sana yang mampu meredakan iklim ini... Jadi mereka-mereka yang dipilih oleh kita sebagai rakyat inilah yang boleh mngubahnya.

Aku rasa tidak sabar menunggu lagi beberapa hari tampuk pemerintahan kita akan bertukar tangan. Harapan aku agar pejuang-pejuang politik Melayu kita berubah dengan sebaik-baiknya...

Kembalikan zaman kegemilangan pejuang-pejuang bangsa terdahulu... BUANG lah istilah 'Politik menghalalkan cara' kerana bagi aku istilah itu menghalalkan Melayu menindas Melayu dan akhirnya Melayu sendiri yang menerima kesannya.

Kenapa tidak boleh kita mengamalkan politik yang bersih?? Perlu ke wang itu menjadi agenda pertama dalam perjuangan politik masing-masing? Mana pergi janji membela bangsa dan negara ketika bersungguh-sungguh memancing undi atau mereka ini hanya nakkan kerusi untuk menyapu bersih hak-hak rakyat.?

Aku harap semua pejuang politik Melayu kembali lah ke jalan yang betul... RUKUN NEGARA yang lima itu jangan dilupakan. Jadikan ia sebagai panduan :

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Adakah kita semua mengikuti semua rukun negara yang lima ini??? Kemana hilangnya semua itu jika mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang hebat di mata dunia.

Jawapan kepada semua isu yang berlaku di Malasyia ketika ini mudah sahaja bagi aku... KERANA KITA MEMBELAKANGKAN RUKUN NEGARA YANG LIMA INI.

Sekian. Lain hari kita bicara. Wassalam

Friday, February 20, 2009

TAK IKUT PROSEDUR??? SIAPA YANG TAK IKUT PROSEDUR???

Kerajaan menyatakan yang speaker dewan negeri Perak, V.Sivakumar tidak mengikut prosedur apabila menggantung 'Menteri Besar' Perak, Zambry dan exconya yang lain selama 18 dan 12 bulan... Ini pula dikatakan tidak mengikut prosedur....

bagaimana dengan perlantikan Zambry??? Kenapa ayat 'PROSEDUR' tidak di'highlight'kan dalam isu ini???? Hanya 'mereka' saja yang tau jawapannya... Sebaliknya... yg dihighligtkan ialah 'Akurlah dengan titah Sultan'...
Jangan membelakangkan perlembagaan...

Ohh jadi kalau macam tu suka aku nak cakap... 'Akurlah dengan apa yang tuan speaker putuskan' kerana apa yang tuan speaker buat berdasarkan perlembagaan.. kalau macam tu kenapa pilih dia jadi spekear???

Fikir-fikirkanlah perkara ini... cukup di sini idea aku pagi ni... Lain hari kita bicara.. Wassalam... ;)

Thursday, February 19, 2009

ISU ELIZABETH WONG... APA RELEVANNYA...

2, 3 hari ni... di muka hadapan semua bercerita mengenai Elizabeth Wong... seorang exco kerajaan negeri selangor dan wakil rakyat kawasan Bukit Lanjan... Apa relevannya isu ini di mata masyarakat Malaysia??? Adakah ini semua konspirasi seseorang untuk menjatuhkan seseorang???

Semua itu kita sendiri hanya perlu tunggu dan lihat sahaja... aku pun xtahu lah nak cakap apa lagi... di Malaysia sekarang sudah menjadi 'TREND' di mana isu peribadi seseorang itu di gunakan untuk bermotifkan agenda yang lain... Sudah banyak contoh di Malaysia isu2peribadi di jadikan medium untuk menjatukan seseorang dengan cara yang 'mudah' dan 'ringkas'... Namun kita semua harus fikirkan impak dan kesannya kepada masyarakat... Sebaliknya nanti apa yang difikirkan...

Cukuplah... kerana masyarakat Malaysia kini bukan lagi seperti zaman Jepun hanya duduk di rumah merebus ubi kayu dan bersembunyi apabila bom meletup... Sekarang sudah zaman masyarakat duduk di rumah mencari maklumat di TV dan Internet sambil makan ubi kayu... Masyarakat kita bukan mudah untuk diperbodohkan dengan isu2 remeh yang hanya mnyebabkan masyarakat kita sendiri yang menjadi bodoh...

aku rasa untuk malam ni ini saja ide yg dapat aku kongsikan bersama semua... lain hari kita bicara... wassalam ;)

Wednesday, February 18, 2009

SUKA AKU BERCERITA MENGENAI POLITIK MELAYU MASA KINI (UNTUK RENUNGAN SEMUA)

topik ini aku pernah post dan antara topik yang awal aku hasilkan... tp rasa seperti mahu kembali menceritakannya kerana situasi politik di negara yang kita sendiri tidak tahu jawapan di sebalik teka-teki dunia ini...

[Cerita ni bukan nak timbulkan isu perkauman cuma nak semua bukak mata dan renungkan...]


Sepanjang sejarah kerajaan kat Malaysia dr sebelum merdeka lg, kaum pemerintah ialah orang Melayu. :

1) Raja Melayu
2) Menteri Besar Melayu
3) Pegawai-pegawai Melayu

Tp selepas tanggal 31 Ogos 1957, orang Melayu TERPAKSA berkongsi kuasa politik dengan kaum2 lain... Apa dah jd politik Melayu???

Jom kita kembali ke Pilihan Raya Umum pertama tahun 1955!!!

UMNO kuasai 33 kerusi Parlimen (masa tu bukan parlimen tp Majlis Perundangan Persekutuan MPP) drpd 52 kerusi, MCA 13 kerusi, MIC 1 kerusi...
So, UMNO kuasai 2/3 kerusi parlimen (MPP)...

Tp skrg apa dah jd???

PRU 12 lepas... UMNO atau WAKIL RAKYAT MELAYU khususnya cuma ada 'simple majority' dlm Parlimen!!!! Baik nya bangsa Melayu ni (dlm UMNO la....) Malunya....

Aku tak pasti pulak selama ni wakil rakyat Melayu yang bertanding kat kawasan bukan Melayu xpernah menang2 ke???...

SO, siapa kata kekuatan kuasa politik Melayu masih kukuh???

Pemimpin UMNO pun ada ckp yg orang Melayu terpaksa bergantung pada undi bukan Melayu untuk terus 'BERKUASA' kat Malaysia...

BANGUN LA sume pejuang2 politik Melayu!!!!!!!!

Skrg orang bukan Melayu dapat 2 advantage:

1) duduk satu bumbung ngan orang Melayu memerintah Malaysia!
2) Kekal sbg 'PEMBANGKANG' (suara alternatif) yg berani dan kuat kat parlimen!!!

Mana perginya semangat Dato' Onn Jaafar!!!

Renungkan kata2 Dato' Onn Jaafar:
"PD SUATU HARI KELAK UMAT MELAYU AKAN BERSATU DI BAWAH SATU KERAJAAN... SEMUANYA AKAN BERCANTUM IAITU SEMUA NEGERI ATAU BUMI YANG AKAN MEMPUNYAI PENDUDUK YG MENGAKU MELAYU... KITA DUA SETENGAH JUTA DI SINI HENDAKLAH MENJALANKAN LANGKAH2 YG CERMAT... LANGKAH2 PERTAMA IALAH MENYATUKAN UMAT MELAYU DALAM SEMENANJUNG INI."

- Dato' Onn, 1946 -

Renungkanlah... Dato' Onn juga pernah berkata, 'Sememangnya kita (melayu) masih gagal membina satu Negara Melayu...'

Sampai bila perjuangan kita masih belum selesai????
Sampai semuanya bertukar tangan baru selesai???
Dulu, Kini, Selamanya??? Apa cer???
Dulu tinggal sejarah, Kini makin parah, Selamanya takkan berubah!!!!!

Fikir2kan dan selamat berjuang... :)

Thursday, February 12, 2009

MATINYA DEMOKRASI DI MALAYSIA...

Seperti yg kita sedia maklum... isu yang smakin hangat dperkatakan dalam kancah dunia politik Malaysia sekarang ini... perebutan kuasa di negeri PERAK!...

Isu ini bukan lah isu biasa bg saya kerana sebelum ini pun sudah banyakperebutan kuasa berlaku tetapi tidak lah seteruk di PERAK... Namun di sini apa yg saya inginpertekankan adalah sejauh mana kepimpinan demokrasi Malaysia ini akan berterusan... Saya langsung tidak nampak di manakah DEMOKRASI di Malaysia...

Politik dijadikan sebagai medan kepetingan peribadi dan untuk memuaskan nafsu!!! Kenapa kita nak sebut YB atau pun 'WAKIL RAKYAT' jikalau nasib rakyat di abaikan sebaliknya isu remeh yg di ambil berat seperti perebutan kuasa yg berlaku di PERAK!...

Lebih baik mereka duduk bersidang di meja bulat dan menyelesaikan isu harga barang yang mmbebankan rakyat dan mencari jalan bgaimana untuk berdepan dengan krisis ekonomi global yg bakal melanda Malaysia!!! Bukaknkah itu lg elok dan waras!!!!

Berhenti lah untuk berhimpun sana sini... laporan polis sana sini... Fikir2 kan....