Wednesday, October 29, 2008

BAKAL KEMBALINYA 'MAHATHIRISME' DI MALAYSIA...

Seperti yang kita sedia maklum... Selepas Pak Lah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Parti UMNO Mac akan datang... pelbagai spekulasi timbul dan antaranya Najib bakal menyambung dan mewarisi pemerintahan Mahathir yang diangggap sebagai pemimpin yang mengamalkan pemerintahan 'kuku besi'.

Fenomena 'MAHATHIRISME' sememangya akan kembali di bawah tampuk pemerintahan Mohd Najib Razak, antara orang kuat semasa pemerintahan Mahathir...

Idieologi Mahathir sememangnya akan diteruskan oleh pemerintah negara ini dan secara tersiratnya, Mahathir masih memerintah negara walaupun beliau hanya duduk di rumah...

Sampai bila Malaysia akan bersih daripada segala fenomena ini???

PENERAJU MALAYSIA SETERUSNYA...

RABU - 29 Oktober 08, Sudah sekian lama tidak menulis di laman blog ini... akhirnya saya dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi idea dan pendapat...

Tajuk untuk saya perkatakan adalah 'Peneraju Malaysia Pada Masa Akan Datang' seperti yang kita sedia maklum, keadaan politik di negara kita amatlah kelam kabut dan tidak teratur gara2 kesilapan pemimpin negara kita sendiri...


Sekarang ini, sibuk pula pencalonan sana, pencalonan sini untuk pemilihan pucuk pimpinan baru parti yang dikatakan 'memonopoli' segala-galanya di Malaysia iaitu UMNO...

Buat masa sekarang, dapat kita lihat, Datuk Seri Najib mendahului untuk jawatan Presiden untuk pemilihan Mac depan... Sememangnya Pak Lah begitu yakin untuk meletakkan Najib sebagai pengganti beliau... dan Muhyidin Yassin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden...

Bagaimana pula dengan kes2 yang telah bnyak dilakukan Najib ketika memerintah Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri... Adakah beliau betul2 layak untuk memegang 'watak' PERDANA MENTERI Malaysia yang ke-5????????

Pada pendapat saya, Najib sememangnya tiada ciri2 pemimpin yang dapat memerintah Malaysia dengan cemerlang... Beliau hanya mempunyai ciri2 pemimpin yang suka akan korupsi dan mementingkan mata wang berbanding nasib rakyat Malaysia... Lihat sahaja la kes demi kes berkaitan Najib semasa menjadi Timbalan dan Menteri Pertahanan Malaysia... Sudah muak ingin saya ceritakan disini... Altantuyanya, eurocopternya, kapal selamnya... Adakah ini yang kita mahukan semasa beliau di tampuk pemerintahan negara???

Ke mana hilangnya pemimpin seperti Onn Jaafar... Pemimpin yang sangat tinggi semangat juangnya untuk bangsa, negara dan nasib rakyat... Juga seorang yang berfikiran jauh dan mampu membawa Malaysia mendaki punjak kegemilangan sebagai negara MELAYU yang berdaulat....

Kini, bakal peneraju2 Malaysia hanya 'syaitan yang bertopengkan manusia' sahaja... Bagaimana Malaysia ingin mencapai wawasan 2020 dengan 'bersihnya'???... Apakah selepas ini kaum minoriti akan memerintah Malaysia???? Terlalu banyak yang saya risaukan tentang politik Malaysia pada masa akan datang ini... 'Luka' sudah bertambah dalam dan 'penawarnya makin menambah kedalaman luka' tersebut...

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita, generasi muda untuk membuka minda, berfikir tentang masa depan Malaysia... Bukan untuk kita... tetapi untuk bakal generasi akan datang iaitu anak-anak kita sendiri... Fikir-fikirkanlah...