Iklim politik Malaysia pada ketika ini boleh aku katakan tidak menentu... sekejap luruh... sekejap kemarau dan sekejap dilitupi salji tebal... Namun apa yang aku hendak bicarakan di sini adalah ketidaktentuan iklim politik di Malaysia kita sendiri mampu mengubahnya.!
Bagaimana kita sebagai rakyat dapat meredakannya??? Sebagai rakyat biasa sudah tentu kita hanya mampu menulis dan memberi pendapat seperti ini... siapa pun tak mahu mendengarnya... Jadi kesimpulannya mereka-mereka di atas sana atau di 'putrajaya' sana yang mampu meredakan iklim ini... Jadi mereka-mereka yang dipilih oleh kita sebagai rakyat inilah yang boleh mngubahnya.
Aku rasa tidak sabar menunggu lagi beberapa hari tampuk pemerintahan kita akan bertukar tangan. Harapan aku agar pejuang-pejuang politik Melayu kita berubah dengan sebaik-baiknya...
Kembalikan zaman kegemilangan pejuang-pejuang bangsa terdahulu... BUANG lah istilah 'Politik menghalalkan cara' kerana bagi aku istilah itu menghalalkan Melayu menindas Melayu dan akhirnya Melayu sendiri yang menerima kesannya.
Kenapa tidak boleh kita mengamalkan politik yang bersih?? Perlu ke wang itu menjadi agenda pertama dalam perjuangan politik masing-masing? Mana pergi janji membela bangsa dan negara ketika bersungguh-sungguh memancing undi atau mereka ini hanya nakkan kerusi untuk menyapu bersih hak-hak rakyat.?
Aku harap semua pejuang politik Melayu kembali lah ke jalan yang betul... RUKUN NEGARA yang lima itu jangan dilupakan. Jadikan ia sebagai panduan :
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Adakah kita semua mengikuti semua rukun negara yang lima ini??? Kemana hilangnya semua itu jika mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang hebat di mata dunia.
Jawapan kepada semua isu yang berlaku di Malasyia ketika ini mudah sahaja bagi aku... KERANA KITA MEMBELAKANGKAN RUKUN NEGARA YANG LIMA INI.
Sekian. Lain hari kita bicara. Wassalam
No comments:
Post a Comment