Saturday, June 6, 2009

MUKTAMAR PAS

Tepat sekali jangkaan dan analisis saya. Golongan Ulama' menguasai persidanngan atau Muktamar PAS. Apapun, saya ucapkan tahniah kepada yang terpilih, teruskan agenda dan ideologi PAS dan kepada yang tidah terpilih juga bersama2 lah berjuang untuk membersihkan kembali medan politik Malaysia yang semakin tercemar.

Sekian, Wassalam.

Friday, June 5, 2009

MUKTAMAR PAS: PERCATURAN ANTARA ULAMA' & PROFESSIONAL (BAHAGIAN II)

Penulisan saya ini menyambung kepada artikel saya sebelum ini iaitu mengenai perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmy, seorang pemikir dan ahli politik yang menonjol di dalam sejarah Malaysia. Dr. Burhanuddin membawa haluan PAS berbeza daripada sekarang. Perbezaan yang dibawa itu saya lihat adalah satu perbezaan yang bagi saya adalah amat positif.

Dr.Burhanuddin merupakan satu-satunya pemimpin yang membawa ideologi nasionalisme, politik antiperkauman, dan antikolonialis. Bagi saya, semasa PAS dibawah pemerintahan Dr.Burhanuddin, PAS menjadi sebuah parti Islamis radikal yang cuba menggabungkan Islamis dan Nasionalis dan ternyata menolak sama sekali politik perkauman seperti yang dibawa parti haluan kanan masa kini!

Idea dan falsafah politik Dr.Burhanuddin amat bercanggah dengan falsafah pemimpin parti pada masa kini, yang pada saya lebih tertumpu untuk membangunkan sebuah negara Islam, yang melaksanakan semua undang2 dan syariat Islam. Dr.Burhanuddin berbeza dengan ulama'2 konservatif kerana beliau tidak pernah menggunakan hadith dan ayat Al-Quran dalam perjuangannya samada pada ahli mahupun penentangnya.

Pendekatan dan pendirian Dr.Burhanuddin inilah yang memberi gambaran yang menakutkan untuk PAS memilih golongan professional atau golongan akademik untuk menjadi peneraju kepimpinan parti kerana bimbang ideologi dan matlamat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam akan terkubur. Hidup atau mati, sudah tentu golongan ulama' yang akan menjadi tunjang utama dalam PAS. Kita lihat pada akhir sidang Muktamar nanti. Saya yakin hampir kesemua jawatan utama akan dipegang oleh golongan Ulama'.

Walau apa pun, saya sekali lagi menyatakan bahawa, pendirian, matlamat dan ideologi Dr. Burhanuddin itu amat berguna dan patut dinilai dari dahulu lagi. Bagi saya, ideologi tersebut amat berguna pada masa sekarang! Kerana di Malaysia masih belum ada parti yang betul2 membawa pegangan nasionalis, antikolonialisme dan anti perkauman serta menolak segala unsur yang berbaur perkauman. BELUM ADA LAGI DI MALAYSIA. Sayang sekali akibat kerakusan kuasa, Dr. Burhanuddin dipinggirkan dan ditahan ISA kerana dituduh merancang dan menjalankan aktiviti anti-Malaysia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia ketika itu dan beliau meninggal dunia tidak lama selepas beliau dibebaskan dari tahanan ISA.

Wassalam.

MUKTAMAR PAS: PERCATURAN ANTARA ULAMA' & PROFESSIONAL (BAHAGIAN I)

Setiap kali saya melihat Muktamar PAS berlangsung dan Dewan bersidang, isu yang sama iaitu perebutan jawatan antara golongan Professional dan golongan Ulama' akan timbul. Mengapa ini semua berlaku... Kita kembali pada zaman seawal penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24 November 1951 (walaupun terdapat beberapa tarikh yang berbeza mengenai pertubuhan parti ini) .

Pada awal penubuhan parti ini, ramai ahli PAS menjadi ahli kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Presiden atau pengerusi pertama PAS pada masa itu iaitu Ustz Hj Ahmad Fuad Hassan, juga adalah ahli UMNO. Namun bukan ini yang saya ingin pertekankan... Apa yang saya tertarik mengenai PAS adalah semasa zaman kepimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy, presiden ketiga PAS (1956).

Bagi saya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah antara tokoh politik dan cendikiawan yang amat menonjol pada zamannya dan antara yang terserlah dalam sejarah Malaysia, tetapi semua jasa beliau dilupakan begitu sahaja dan diabaikan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ahli di dalam PAS sendiri.Jadi kenapa golongan professional dan ulama' menjadi percaturan, semuanya berpunca dari zaman ini... Nantikan artikel saya seterusnya mengenai ideologi beliau dalam PAS.