Tuesday, August 19, 2008

ANDA TELITI SENDIRI... PIKIRLAH MENGGUNAKAN KOTAK MINDA ANDA


Dua keadaan yg berbeza masa hari penamaan calon Sabtu lepas (Kiri PR, Kanan BN) Tu penyokonG2 PR yg tak lepas masuk ke padang ada lagi dlm 1km lebih kat luar jalan raya....... ni yg UMNO kata penyokong PR ada dlm 10K aja....

KENYATAAN MEDIA AMK

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia 16 Ogos 2008

Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa 'beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama' tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa 'persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah'. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini.Pendakwaan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan 'selamat bertanding' kepada Dato' Seri Anwar.

Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia