2, 3 hari ni... di muka hadapan semua bercerita mengenai Elizabeth Wong... seorang exco kerajaan negeri selangor dan wakil rakyat kawasan Bukit Lanjan... Apa relevannya isu ini di mata masyarakat Malaysia??? Adakah ini semua konspirasi seseorang untuk menjatuhkan seseorang???
Semua itu kita sendiri hanya perlu tunggu dan lihat sahaja... aku pun xtahu lah nak cakap apa lagi... di Malaysia sekarang sudah menjadi 'TREND' di mana isu peribadi seseorang itu di gunakan untuk bermotifkan agenda yang lain... Sudah banyak contoh di Malaysia isu2peribadi di jadikan medium untuk menjatukan seseorang dengan cara yang 'mudah' dan 'ringkas'... Namun kita semua harus fikirkan impak dan kesannya kepada masyarakat... Sebaliknya nanti apa yang difikirkan...
Cukuplah... kerana masyarakat Malaysia kini bukan lagi seperti zaman Jepun hanya duduk di rumah merebus ubi kayu dan bersembunyi apabila bom meletup... Sekarang sudah zaman masyarakat duduk di rumah mencari maklumat di TV dan Internet sambil makan ubi kayu... Masyarakat kita bukan mudah untuk diperbodohkan dengan isu2 remeh yang hanya mnyebabkan masyarakat kita sendiri yang menjadi bodoh...
aku rasa untuk malam ni ini saja ide yg dapat aku kongsikan bersama semua... lain hari kita bicara... wassalam ;)
No comments:
Post a Comment