Assalamualaikum kepada pengikut blog aku sekalian... Hari ni aku mula menulis semula dan aku mulakan dengan topik yang sedikit santai dan tidak memerlukan keupayaan minda anda sekalian untuk berfikir sejenak...
Topik atau isu politik di Perak... Ayat mudahnya yang mampu aku gunakan... 'MUAK'. Dah muak di dengar... Mereka yang tak minat berpolitik pun garu kepala kenapa isu ni tak abis2... Kenapa pemimpin2 kita ni tidak 'berakal' ke nak menyelesaikan masalah yang bagi aku mudah sahaja penyelesaiannya.
Kerusi Menteri Besar Perak masih kosong... Tiada siapa yang mengisi kedudukan itu... Jadi di Malaysia, langkah yang paling... Aku rasa bukan paling... dah memang sepatutnya dilakukan dari timbulnya isu ni dahulu iaitu... PILIHANRAYA SEMULA!!!
Apa yang susah sangat... Pepatah melayu ada mengatakan 'Berani kerana benar, takut kerana Salah'... Jika benar, menanglah pihak yang benar... Pihak yang salah itu semestinya akan menerima kekalahan... Pilihan sekarang bukan di tangan pemimpin.. Ini Malaysia... Yang menentukan rakyat sendiri!!! Pemimpin sudah lupakah apa itu Demokrasi Berparlimen???
Aku tidak berniat menulis lebih lanjut kerana isu ini masih diperingkat mahkamah dan kita nantikan sama-sama apa kesudahannya dan retorik isu ini...
Fikir2kan bersama... Wassalam
1 comment:
'Berani kerana benar, takut kerana salah', pepatah Melayu ni amat tepat dengan keadaan di Perak sekarang. Pihak yang memerintah dengan alasan kononnya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dan mendapat sokongan rakyat tetapi takut untuk mengadakan pilihanraya, rasanya kita sebagai rakyat yang prihatin pun dapat lihat dengan jelas ada sesuatu yang tidak kena di situ.
Konsep negara berparlimen ini sebenarnya layak kita ketawakan sahaja kerana pilihanraya tidak dapat diadakan walaupun waktu yang sesuai untuk mengaplikasikan konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan. Mengapa mahu mahkamah yang menentukan hala tuju negeri Perak sedangkan rakyatnyalah yang sepatutnya menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin negeri mereka. Amat memalukan situasi yang dihadapi sekarang ini.
'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Wahai pemimpin-pemimpin yang bijak pandai, fahamkanlah pepatah Melayu tersebut. Kepada blogger, pepatah Melayu tersebut amat menepati dengan situasi yang dihadapi sekarang. Tahniah kepada saudara.
Post a Comment