Tuesday, March 10, 2009

AGAMA TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN

Petang tadi seorang sahabat bertanya mengenai topik ini, 'Agama Tidak Boleh Dipolitikkan'.

Hmm... Sangat2 menarik topik ini aku fikir kalau dibahaskan di parlimen atau pun di program 'HUJAH' di TV9 ataupun 'Al-Kuliyyah' di TV3. Ini adalah sedikit ulasan aku untuk topik tersebut...

1. Agama... merupakan satu fahaman dan pegangan hidup... Sebagai contoh Islam yang menjadi pegangan dan amalan seperti solat dan sebagainya. Manakala politik merupakan ideologi yang berubah dari masa ke semasa... sebagai contoh UMNO memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi berbeza dengan PAS yang memperjuangkan agama untuk negara.

2. Menerusi maksud politik itu sendiri iaitu jatuh-menjatuhkan atau tipu helah, contra kepada agama atau bertentangan bagi setiap agama. Tidak ada agama yang mendidik pengikut mereka menipu atau jatuh-menjatuhkan orang lain.

3. Agama sudah termaktub di dalam Al-Quran bagi umat Islam dan dalam Islam, jika ianya betul, betullah ia dan jika salah, salahlah juga perkara itu... Tetapi politik berbeza... Kebanyakkan ahli politik mengamalkan ini>>> "POLITIK MENGHALALKAN CARA". Jadi setiap yang salah boleh dijadikan betul dan yang betul boleh disalahkan. Ini amat jelas sangat2 bertentangan dengan agama sebagai pegangan dan amalan hidup.

Kesimpulannya di sini... Agama sememangnya tidak boleh dipolitikkan tetapi agama boleh digunakan untuk kebaikan dalam berpolitik atau cara berpolitik mengikut Islam. Ini kerana nabi Muhammad S.A.W sendiri berpolitik tetapi landasannya adalah berpandukan pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sekian... Lain hari kita bicara. Wassalam.

No comments: