Thursday, February 4, 2010

LIWAT II : Jom update dari mahkamah tinggi ;)

3.10pm: Selepas permohonan daripada pihak pembelaan, hakim Mohd Zabidi berkata perkataan 'lagi' yang digunakan olehUtusan Malaysia agak 'nakal'.

Mahkamah berehat sebentar bagi membolehkan hakim membuat keputusan samada tindakan menghina mahkamah dilakukan atau tidak.

3.30pm: Hakim Mohd Zabidin memutusakan tiada tindakan menghina mahkamah kerana ia perlu dibuktikan melalui siasatan terperinci.

Katanya, pihak pembelaan perlu membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia jika berpendapat laporan berkenaan menghina mahkamah.

3.35pm: Mahkamah mempertontonkan rakaman CCTV Saiful di kondominium.

3.40pm: Komputer yang menayangkan rakaman visual CCTV di tempak letak kereta kondominium dipegunkan.

Hakim mengarahkan Anwar keluar dari kandang bersalah dan menghampiri skrin kerana tertuduh tidak dapat melihat dengan jelas.

3.45pm: Rakaman menunjukkan Saiful memasuki lif di tempat letak kereta dan meninggalkan kondominium lebih sejam kemudian.

4.00pm: Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

4.10pm: Doktor di Pusrawi mecadangkan Saiful supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.

4.20pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.

Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.

Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.

__________________________

Hari ini perbicaraan kes tuduhan liwat diteruskan lagi.. semakin hari semakin menarik perhatian aku utk mengikuti perbicaraan ini... Hari ini hanya mendedahkan laporan cctv di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. Perbicaraan disambung esok jam 9.30pagi... sama2 kita mengikutinya...

utk maklumat, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

wassalam...

No comments: