Thursday, February 4, 2010

Datuk Nasir Safar buat hal... 1 Malaysia diganggu gugat oleh orang bawahan Najib sendiri. Propaganda apa pula selepas ini?

“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.

Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.

“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.

Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.

Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.

“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.

Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.
_________________________________________________________________________

Datuk Nasir Safar pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.

Selasa lalu, Safar pada ucapannya di seminar 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. (jelas ada agenda disebaliknya)

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Hari ini, Najib mengakui sudah menerima surat perletakan jawatan Nasir. Kenapa ISA tidak terus digunakan? Inilah manusia yang sepatutnya menjadi penghuni Kemunting kerana: sebab asal ISA dibuat adalah menangkap sesiapa yang mencetus kacau bilau dan kedaulatan negara terutama dalam isu perkauman. Jadi? Cukupkah sekadar perletakan jawatan sahaja?

Fikir-fikirkan... Lain hari kita bicara. Wassalam.

No comments: