"Assalamualaikum… Setelah sekian lama menyepi kerana sibuk dengan pelajaran, syukur saya dapat meneruskan hasil tulisan saya dalam blog ini…"
Wartawan sememangnya diketahui umum tugasnya iaitu melaporkan apa yang berlaku kepada pembaca. Persoalan samada apa yang dilaporkan itu sahih atau hanya sekadar ‘agenda setting theory’, itu boleh dikupaskan dalam isu yang berlainan.Tetapi ada perbezaan antara melapor serta menganalisis apa yang dilaporkan.
Wartawan yang baik mampu melapor serta menganalisis isu yang dikupas atau ditulis. (1)Lapor dan (2)analisis adalah dua perkara berbeza yang harus dikuasai wartawan masa kini. Ini disebabkan kebanyakkan mereka tidak banyak yang melakukan perkara kedua iaitu menganalisis.
Analisis merupakan satu kemahiran serta dapat menguji samada wartawan itu benar-benar faham isu yang dilaporkan serta mampu mengeluarkan pendapat sendiri serta mengkritik secara membina terhadap isu yang dikupas.
Wartawan perlu memainkan peranan sepenuhnya bukan hanya sekadar melakukan tugas hanya untuk melepaskan diri daripada dimarah Editor.Kita fikir2kan bersama... Sekian... Lain hari kita bicara.... Wassalam.
No comments:
Post a Comment