Wednesday, March 18, 2009

DILARANG BERTANDING NO2 PARTI: SATU AGENDA ATAU REALITI UNTUK MENGABURI RAKYAT

Asslamualaikum... Lama sudah tidak menulis di dalam blog ini....

Isu terbaru... Dato Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan no.2di dalam UMNO. Adakah ini satu realiti sebenar sememangnyaUMNO sedang berperag dengan ahlinya yang melanggar peraturan parti atau sekadar agenda yang direka untuk mengaburi rakyat...

Atau ini semua adalah 'CHAOS THEORY' yang direka oleh pemimpin atasan UMNO untuk memperlihatkan kekecohan berlaku di dalam parti dan pada masa yang sama ada agenda kedua di dalam 'list' di pejabat putrajaya??? aku sendiri tak mampu menjawabnya kerana pada masa ini...
Apa sahaja boleh berlaku... Perhimpunan Agung tak lama lagi... tunggu dan lihat... wallahualam...

sekian... lain hari kita bicara... wassalam

Wednesday, March 11, 2009

JANGAN HINA KAMI WARGA KELAS PERTENGAHAN/MENEGAH!!! JANGAN FIKIR KAMI BUTA DAN BODOH!!!

Aku di dalam Malaysia ni dikategorikan sebagai golongan pertengahan atau menegah...

Siapa kata golongan seperti aku ini tidak boleh tahu tentang politik Malaysia!!!?? Habis generasi Pak Lah... Najib (jika berlaku)... siapa bakal pengganti mereka?? 'Mereka2' yang berkata aku tidak perlu tahu tentang politik inikah yang akan gantikan mereka?? Hah!! Mana mungkin!!

Jangan fikir kami bodoh tentang semua ini... Mungkin kami lebih tahu lagi banyak lagi daripada mereka2 ni yang hanya berbual kosong dan memanggil kami golongan pertengahan ni dengan gelaran 'budak2'.. 'masih mentah'....

Tolonglah... Ini bukan zaman Tunku Abdul Rahman lagi!!! Budak2 sekarang tak main gasing, tarik upih dan sembunyi2... Sekarang semuanya di hujung jari!!!

Terpulanglah... Jika anda mahu melihat perubahan yang begitu besar di Malaysia.. Silalah tindas kami golongan pertengahan ini... pastinya nanti kalian akan bertemu dengan penyesalan yang teramat dalam!!!!

sekian... Lain hari kita bicara... Wassalam

Tuesday, March 10, 2009

AGAMA TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN

Petang tadi seorang sahabat bertanya mengenai topik ini, 'Agama Tidak Boleh Dipolitikkan'.

Hmm... Sangat2 menarik topik ini aku fikir kalau dibahaskan di parlimen atau pun di program 'HUJAH' di TV9 ataupun 'Al-Kuliyyah' di TV3. Ini adalah sedikit ulasan aku untuk topik tersebut...

1. Agama... merupakan satu fahaman dan pegangan hidup... Sebagai contoh Islam yang menjadi pegangan dan amalan seperti solat dan sebagainya. Manakala politik merupakan ideologi yang berubah dari masa ke semasa... sebagai contoh UMNO memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi berbeza dengan PAS yang memperjuangkan agama untuk negara.

2. Menerusi maksud politik itu sendiri iaitu jatuh-menjatuhkan atau tipu helah, contra kepada agama atau bertentangan bagi setiap agama. Tidak ada agama yang mendidik pengikut mereka menipu atau jatuh-menjatuhkan orang lain.

3. Agama sudah termaktub di dalam Al-Quran bagi umat Islam dan dalam Islam, jika ianya betul, betullah ia dan jika salah, salahlah juga perkara itu... Tetapi politik berbeza... Kebanyakkan ahli politik mengamalkan ini>>> "POLITIK MENGHALALKAN CARA". Jadi setiap yang salah boleh dijadikan betul dan yang betul boleh disalahkan. Ini amat jelas sangat2 bertentangan dengan agama sebagai pegangan dan amalan hidup.

Kesimpulannya di sini... Agama sememangnya tidak boleh dipolitikkan tetapi agama boleh digunakan untuk kebaikan dalam berpolitik atau cara berpolitik mengikut Islam. Ini kerana nabi Muhammad S.A.W sendiri berpolitik tetapi landasannya adalah berpandukan pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sekian... Lain hari kita bicara. Wassalam.