Thursday, June 19, 2008

PROTES: Tarikh Baru!!!

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu."Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.
[Dipetik daripada www.malaysiakini.com]

"JADI MARILAH BERAMAI2 KITA TURUN TERUTAMANYA KEPADA GENERASI MUDA MALAYSIA BG MENNJUKKAN KITA JUGA ADA HAK DAN MMPU BERSUARA UTK MERUBAH SEGALANYA DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA!!!!"
___________________________________________________

No comments: