Wednesday, October 29, 2008

BAKAL KEMBALINYA 'MAHATHIRISME' DI MALAYSIA...

Seperti yang kita sedia maklum... Selepas Pak Lah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Parti UMNO Mac akan datang... pelbagai spekulasi timbul dan antaranya Najib bakal menyambung dan mewarisi pemerintahan Mahathir yang diangggap sebagai pemimpin yang mengamalkan pemerintahan 'kuku besi'.

Fenomena 'MAHATHIRISME' sememangya akan kembali di bawah tampuk pemerintahan Mohd Najib Razak, antara orang kuat semasa pemerintahan Mahathir...

Idieologi Mahathir sememangnya akan diteruskan oleh pemerintah negara ini dan secara tersiratnya, Mahathir masih memerintah negara walaupun beliau hanya duduk di rumah...

Sampai bila Malaysia akan bersih daripada segala fenomena ini???

PENERAJU MALAYSIA SETERUSNYA...

RABU - 29 Oktober 08, Sudah sekian lama tidak menulis di laman blog ini... akhirnya saya dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi idea dan pendapat...

Tajuk untuk saya perkatakan adalah 'Peneraju Malaysia Pada Masa Akan Datang' seperti yang kita sedia maklum, keadaan politik di negara kita amatlah kelam kabut dan tidak teratur gara2 kesilapan pemimpin negara kita sendiri...


Sekarang ini, sibuk pula pencalonan sana, pencalonan sini untuk pemilihan pucuk pimpinan baru parti yang dikatakan 'memonopoli' segala-galanya di Malaysia iaitu UMNO...

Buat masa sekarang, dapat kita lihat, Datuk Seri Najib mendahului untuk jawatan Presiden untuk pemilihan Mac depan... Sememangnya Pak Lah begitu yakin untuk meletakkan Najib sebagai pengganti beliau... dan Muhyidin Yassin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden...

Bagaimana pula dengan kes2 yang telah bnyak dilakukan Najib ketika memerintah Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri... Adakah beliau betul2 layak untuk memegang 'watak' PERDANA MENTERI Malaysia yang ke-5????????

Pada pendapat saya, Najib sememangnya tiada ciri2 pemimpin yang dapat memerintah Malaysia dengan cemerlang... Beliau hanya mempunyai ciri2 pemimpin yang suka akan korupsi dan mementingkan mata wang berbanding nasib rakyat Malaysia... Lihat sahaja la kes demi kes berkaitan Najib semasa menjadi Timbalan dan Menteri Pertahanan Malaysia... Sudah muak ingin saya ceritakan disini... Altantuyanya, eurocopternya, kapal selamnya... Adakah ini yang kita mahukan semasa beliau di tampuk pemerintahan negara???

Ke mana hilangnya pemimpin seperti Onn Jaafar... Pemimpin yang sangat tinggi semangat juangnya untuk bangsa, negara dan nasib rakyat... Juga seorang yang berfikiran jauh dan mampu membawa Malaysia mendaki punjak kegemilangan sebagai negara MELAYU yang berdaulat....

Kini, bakal peneraju2 Malaysia hanya 'syaitan yang bertopengkan manusia' sahaja... Bagaimana Malaysia ingin mencapai wawasan 2020 dengan 'bersihnya'???... Apakah selepas ini kaum minoriti akan memerintah Malaysia???? Terlalu banyak yang saya risaukan tentang politik Malaysia pada masa akan datang ini... 'Luka' sudah bertambah dalam dan 'penawarnya makin menambah kedalaman luka' tersebut...

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita, generasi muda untuk membuka minda, berfikir tentang masa depan Malaysia... Bukan untuk kita... tetapi untuk bakal generasi akan datang iaitu anak-anak kita sendiri... Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 19, 2008

ANDA TELITI SENDIRI... PIKIRLAH MENGGUNAKAN KOTAK MINDA ANDA


Dua keadaan yg berbeza masa hari penamaan calon Sabtu lepas (Kiri PR, Kanan BN) Tu penyokonG2 PR yg tak lepas masuk ke padang ada lagi dlm 1km lebih kat luar jalan raya....... ni yg UMNO kata penyokong PR ada dlm 10K aja....

KENYATAAN MEDIA AMK

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia 16 Ogos 2008

Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa 'beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama' tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa 'persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah'. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini.Pendakwaan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan 'selamat bertanding' kepada Dato' Seri Anwar.

Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, July 3, 2008

PENDEDAHAN SIAPA SEBENARNYA SAIFUL BUKHARI

OLEH: Sdri. Ainis Azreen

BONGKAR!!! -Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari.


Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).

Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN.

Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya.

Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional?

Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar.

Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia.

Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa?

Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.


Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

(ditulis oleh seseorng yg betul2 mngenali Saiful)

NAJIB ADA BERSAMA ALTANTUYA!!!

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:
* Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya - yang dikenali juga sebagai "Aminah" - di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

* Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

* Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

* Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

* Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

* Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.

* Oleh kerana niatnya untuk bertemu Abdul Razak masih tidak kesampaian, Altantuya meminta Balasubramaniam menguruskan pertemuannya dengan Najib.

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman yang bertarikh 1 Julai.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

"Saya memberitahu mereka (polis) semua (maklumat) yang saya tahu termasuk semuanya yang diberitahu Abdul Razak Baginda dan Aminah kepada saya mengenai hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi apabila saya ingin menandatangani kenyataan (beramaran) saya, semua butiran terperinci telah dibuang," akuan berkanunnya pada halaman 13 dipetik.

(Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.

Hari ini beliau sekali menafikan sebarang kaitan dengan Altantuya)

Beliau juga mendakwa, Abdul Razak menunjukkan mesej SMS yang dikatakan dikirim oleh Najib yang menyebut: "saya (Najib) akan bertemu ketua polis negara (Tan Sri Musa Hassan) jam 11 hari ini (8 November 2006 - hari penganalisis itu ditangkap) ... perkara ini akan dapat diselesaikan ... bertenang."

Balasubramaniam berkata, semasa memberikan keterangan dalam perbicaraan cif inspektor Azilah Hadri, koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak di Mahkahmah Tinggi Shah Alam, timbalan pendakwaraya kes itu tidak bertanya beliau tentang hubungan Altantuya dengan Najib.

Pada penghujung dokumennya itu, Balasubramaniam menyatakan beliau mengambil keputusan membuat pengakuan itu untuk:

* menyatakan kekecewaannya kepada siasatan kes pembunuhan Altantuya.

* memaklumkan kepada pihak berwajib kemungkinan besar terdapat beberapa individu selain tiga tertuduh yang turut memainkan peranan dalam pembunuhan itu.

* meyakinkan pihak berkuasa berkenaan agar membuka semula siasatan kes ini dengan segera supaya sebarang bukti baru boleh dikemukakan di mahkamah sebelum penggulungan di akhir pihak pendakwaan.

Berdasarkan pengalamannya, beliau juga menekankan bahawa "tidak ada pegawai polis bersedia menembak seseorang di kepala atau meletupkan jasadnya tanpa menerima arahan khusus daripada pegawai atasannya."

Wednesday, July 2, 2008

SEDUTAN CERAMAH ANWAR DI STADIUM MELAWATI

ANWAR MENGAKU ADA CAMPUR TANGAN PEJABAT NAJIB!!!

PKR mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," kata penasihat PKR malam ini dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 05Menjelaskan tindakannya berlindung di rumah duta Turki selama 36 jam mulai pagi Ahad (foto kanan), Anwar berkata beliau sebenarnya enggan berbuat demikian sehingga dipaksa selama beberapa jam oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Tambahnya, beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang dituduh "tidak bersama rakyat" dan "tidak berani menghadapi cabaran dan ujian."

Mantan timbalan perdana menteri itu juga berkata dakwaan itu tidak menakutkannya kerana ia tidak berlaku.

Beliau mengulangi kenyataannya semalam bahawa dakwaan jenayah itu muncul selepas pihak berkuasa dapat menghidu strateginya untuk mengumumkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil dan juga kemasukan empat ahli parlimen BN dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau mengulangi lagi dakwaan awalnya di sidang media petang tadi, bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan pemuda yang membuat laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau turut mengulangi laporan polisnya di Shah Alam (foto bawah) - mendakwa peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam pemalsuan laporan kedua kes beliau ditumbuk oleh Tan Sri Rahim Noor pada 1998, ketua polis negara waktu itu.

Anwar mendakwa lagi, beliau mempunyai bukti Mohd Saiful berhubung dengan Musa dan Rosmah sebelum muncul dakwaan tersebut.

Ucapannya selama hampir sejam itu diikuti pemaparan imej-imej individu-individu berpengaruh, termasuk Najib dan isterinya, yang disebutkan dalam ucapannya.

Selain imej Abdul Gani, Musa, Khairil Anas dan Mohd Saiful, imej-imej demonstrasi Gerakan Reformasi 1998 dan perhimpunan Bersih tahun lalu turut ditayangkan di skrin besar di belakang Anwar.

Dalam program tersebut, kira-kira 10,000 penyokong Anwar hadir di Stadium Melawati di Shah Alam untuk mendengar sendiri ucapan tokoh pembangkang tersebut.

Selain tayangan imej, turut dinaikkan kain pemidang besar, dianggarkan bersaiz 5 x 5 meter, di bahagian atas, belakang pentas utama.

anwar ibrahim police report against igp and ag pc 010708 11Pemidang itu memaparkan imej mata lebam Anwar akibat dibelasah Rahim sedekad lalu dengan tulisan berhuruf besar "jangan biarkan ini berlaku lagi."

Tiga pemidang berimej yang sama dalam saiz lebih kecil digantung di dalam stadium itu.

Sebelum Anwar menyampaikan ucapannya pada 10.20 malam, program yang dipengerusikan oleh ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, dimulakan dengan ucapan dua naib presiden PKR - Sivarasa Rasiah dan Mohd Azmin Ali.

Sewaktu Anwar tiba, kira-kira jam 10 malam, mereka beramai-ramai berdiri bersama ribuan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Teriakan "reformasi" bergema di stadium itu sebanyak tiga kali - dimulakan dengan Anwar sendiri sebagai menandakan berakhirnya program tersebut menjelang 11.30 malam.

Barisan pemimpin utama pembangkang yang hadir di pentas termasuklah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri Ronnie Liu, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Teng Chang Khim, timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim dan pengerusi PSM Dr Mohamad Nasir Hashim.

Program yang bermula jam 9.10 malam itu mula dihadiri orang ramai kira-kira setengah jam lebih awal.

Selain risalah berita perkembangan terkini kes itu, turut diedarkan di situ poster program perhimpunan besar anjuran Protes pada Ahad ini di depan Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi membantah kenaikan harga minyak.

Beberapa pemimpin negara semalam termasuk Najib menafikan pembabitan mereka dalam dakwaan ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, yang bergambar dengan Mohd Saiful, hari ini menolak andaian kerajaan BN sengaja mengadakan konspirasi bagi membunuh karier politik Anwar.

[malaysiakini.com]

LAPORAN POLIS ANWAR IBRAHIM

Berikut teks lengkap laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam petang ini:


Saya, Anwar bin Ibrahim (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 0107081. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

anwar ibrahim police report against igp and ag pc 010708 078. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 1213. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa "... was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?"

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

Anwar bin Ibrahim
1 Julai 2008

<>

Monday, June 30, 2008

SEMUANYA FITNAH DAN TAKTIK BUSUK!!! (Sapa makan cili dia terasa pedas)

-Mohd Saiful Bukhari Azlan-

Nama yang,... mintak maaf awal2 la!!! Bikin taik!!!! Bikin malu Malaysia!!!
Bodoh punyer BUDAK!!!!

Dato' Seri Anwar lepas ni tolong lah berhati-hati memilih pembantu!!!
latar belakang niPENTING SANGAT!!!
Tengok senang2 je budak hingusan lakhnat ni jatuhkan dato' seri dengan laporan palsu dan mungkin diupah oleh seseorang!!!

Bukti dah ada Si Saiful Bukhari ni pernah bergambar dengan ramai pemimpin2 besar negara!!!
Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed!!!
ni sume nama2 yg Si Saiful ni pernah bergambar!!!!

Ligat berpolitik masa menuntut di UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) bangi dulu...
Pro-Aspirasi!!! Hmm memang tak boleh pakai budak ni!!!!!!!

Pihak polis pun tak payah susah payah cari DNA, bawak tilam turun naik condo..
xperlu sume tu!!!
buang masa korang je!!! baik pungut rasuah tepi jalan tu lg bagus!!!

Sudah la!!!

BAGI LA PELUANG KAT ANWAR NAK BERTANDING PILIHAN RAYA KECIL NANTI...
KALAU BETUL BN KUAT... TAK PAYAH LA NAK WAT CAMNI!!!
XPERLU!!!! KITA TenGOK LA SAMA2 NANTI!!!

APA HAL NI!!! MALU LA CKIT KERAJAAN MELAYSIA!!!!

Apa semua ni!!!!

Tak habis bahang kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 datang pulak kes liwat baru yang dilemparkan pada pemimpin kanan Parti Ke-Adilan Rakyat (PKR)!!!!

Apa hal ni!!! Dah kekurangan isu ke??? Dah cetek sangat ke idea2 pemimpin2 besar Malaysia ni???
Dah terlampau 'pandai' sangat ke diaorg ni??????

Kenapa isu macam ni yg harus dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar??? Jahat sangat ke Dato' Seri Anwar sampai kerjanya asyik nak meliwat orang!!!!

Eh tolong lah!!!! Isu ni dah basi!!! dah muak nak dengar!!!!
Apa la BODOH sangat ni!!!

Yg buat laporan tu lg sama2 SAMPAH!!!
Yg mengupah budak sampah ni lagi la!!!!

Apa ni!!!

Tak boleh diterima akal !!!


YA!!!
Semua pemimpin besar terutamanya BN dah mula goyang!!!
Anwar dah nak bertanding pilihan raya kecil tak lama lagi!!!
Jadi dah takde idea, ini lah jadinya!!!
Idea yg memperlihatkan kebodohan diaorg sendiri!!!

Eh malulah KERAJAAN LUAR BACA PASAL NEGARA NI!!!

- KERJA LIWAT ORANG JE KE PEMIMPIN KAT MALAYSIA NI!!!!
- KERAJAAN SONGSANG KE MALAYSIA NI???

Ni semua akan diperkata org2 luar yg baca mengenai malaysia!!!!
MALULAH SIKIT!!!

Nak cari isu pun isu yg betul la!!!
JGN NAK BUAT LAPORAN PALSU JE!!!!
MEREKA2 CIPTA BUKTI YG XPERNAH WUJUD!!!
MENUDUH MEMFITNAH ORG YG TAK BERSALAH!!!!

Friday, June 20, 2008

Sultan Johor Nak Batu Puteh...

Semalam Sultan Johor titah masa istiadat perasmian Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 bertitah nak amik smula batu puteh dr singapore!!!! cayalah!!!!

mesti blh punyer!!! aku sokong!!!!! biar berperang skalipun!!!! jgn birakan ia jatuh kpd tangan si kompromi yahudi tu!!!! go! go! go!
KEMBALIKAN BATU PUTEH!!!

MARI CERITA POLITIK MELAYU

[Cerita ni bukan nak timbulkan isu perkauman cuma nak semua bukak mata dan renungkan...]

Sepanjang sejarah kerajaan kat Malaysia dr sebelum merdeka lg, kaum pemerintah ialah orang Melayu. :

1) Raja Melayu
2) Menteri Besar Melayu
3) Pegawai-pegawai Melayu

Tp selepas tanggal 31 Ogos 1957, orang Melayu TERPAKSA berkongsi kuasa politik dengan kaum2 lain... Apa dah jd politik Melayu???

Jom kita kembali ke Pilihan Raya Umum pertama tahun 1955!!!

UMNO kuasai 33 kerusi Parlimen (masa tu bukan parlimen tp Majlis Perundangan Persekutuan MPP) drpd 52 kerusi, MCA 13 kerusi, MIC 1 kerusi...
So, UMNO kuasai 2/3 kerusi parlimen (MPP)...

Tp skrg apa dah jd???

PRU 12 lepas... UMNO atau WAKIL RAKYAT MELAYU khususnya cuma ada 'simple majority' dlm Parlimen!!!! Baik nya bangsa Melayu ni (dlm UMNO la....) Malunya....

Aku tak pasti pulak selama ni wakil rakyat Melayu yang bertanding kat kawasan bukan Melayu xpernah menang2 ke???...

SO, siapa kata kekuatan kuasa politik Melayu masih kukuh???

Pemimpin UMNO pun ada ckp yg orang Melayu terpaksa bergantung pada undi bukan Melayu untuk terus 'BERKUASA' kat Malaysia...

BANGUN LA sume pejuang2 politik Melayu!!!!!!!!

Skrg orang bukan Melayu dapat 2 advantage:

1) duduk satu bumbung ngan orang Melayu memerintah Malaysia!
2) Kekal sbg 'PEMBANGKANG' (suara alternatif) yg berani dan kuat kat parlimen!!!

Mana perginya semangat Dato' Onn Jaafar!!!

Renungkan kata2 Dato' Onn Jaafar:
"PD SUATU HARI KELAK UMAT MELAYU AKAN BERSATU DI BAWAH SATU KERAJAAN... SEMUANYA AKAN BERCANTUM IAITU SEMUA NEGERI ATAU BUMI YANG AKAN MEMPUNYAI PENDUDUK YG MENGAKU MELAYU... KITA DUA SETENGAH JUTA DI SINI HENDAKLAH MENJALANKAN LANGKAH2 YG CERMAT... LANGKAH2 PERTAMA IALAH MENYATUKAN UMAT MELAYU DALAM SEMENANJUNG INI."

- Dato' Onn, 1946 -

Renungkanlah... Dato' Onn juga pernah berkata, 'Sememangnya kita (melayu) masih gagal membina satu Negara Melayu...'

Sampai bila perjuangan kita masih belum selesai????
Sampai semuanya bertukar tangan baru selesai???
Dulu, Kini, Selamanya??? Apa cer???
Dulu tinggal sejarah, Kini makin parah, Selamanya takkan berubah!!!!!

Fikir2kan dan selamat berjuang... :)
______________________________________________________________

Thursday, June 19, 2008

PROTES: Tarikh Baru!!!

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu."Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.
[Dipetik daripada www.malaysiakini.com]

"JADI MARILAH BERAMAI2 KITA TURUN TERUTAMANYA KEPADA GENERASI MUDA MALAYSIA BG MENNJUKKAN KITA JUGA ADA HAK DAN MMPU BERSUARA UTK MERUBAH SEGALANYA DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA!!!!"
___________________________________________________