Wednesday, November 25, 2009

POLIS DAN KERAJAAN: Manakah kredebiliti dan Adakah ini demokrasi?

Polis Ikut Telunjuk Umno?

Ceramah saya dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno! Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah.

Alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan? Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

sumber: anwaribrahimblog.com

_________________________________________________

Polis... saya tahu melaksanakan tugas yang disarankan kerajaan dan apa yang termaktub dalam perlembagaan...

Tapi situasi di atas di mana saya sendiri berada di tempat kejadian malam itu... semamangya tidak mencerminkan kredibiliti PDRM dan demokrasi di Malaysia. Haruskah perkara seperti ini berlaku??

Rakyat mahukan penjelasan dan kenapa segelintir 'golongan' ini perlu takut apabila seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim mahu memberi penjelasan tentang isu yang dilontarkan kepadanya... Adakah demokrasi melarang seseorang individu mempertahankan kebenaran dirinya???

Situasi bodoh ini harus diubah agar menjadikan sistem perundangan, sistem kehakiman dan segala sistem yang ada di Negara 1 Malaysia ni (kononnya) berjalan se'demokrasi' yang boleh.

KRISIS UMNO KOTA TINGGI: Sampai bila kuasa yang sedia ada mampu bertahan? Dan adakah rakyat masih mahukan dan memerlukan mereka?

Krisis UMNO di Parlimen Kota Tinggi (KT)... Sememangnya diakui sendiri penduduk KT terutamanya kepada pejuang2 merah dan dacing di parlimen ini... Sudah terkenal dengan puaknya, kroninya... Namun baru-baru ini dengan penangkapan enam orang ahli UMNO KT oleh SPRM nampakknya menambahkan luka yang sedia ada...

Semakin parah dan apa selepas ini akan berlaku pada UMNO KT? Adakah satu perubahan diadakan? Atau masih dengan mesyuarat baling-membaling antara ahli masing-masing??

Pokoknya di sini mesej yang saya mahu sampaikan adalah... Cermin diri... Berubah... 'Anda' berilah jalan kepada muka baru... dan perbetulkan perjuangan 'anda' iaitu politik untuk rakyat... bukan politik untuk menggemukkan poket 'anda'...

Sudah terlalu teruk politik wang di KT ini... Hentikanlah...