Saya pernah terfikir adakah blogger ini pesalah di sisi undang-undang ataupun mereka yang menulis blog ini seorang PENJENAYAH? Semua persoalan ini timbul semasa saya masih baru lagi dalam dunia 'blogger' ini. Saya sendiri telah menulis laman blog sendiri (walaupun dah lama tak update) mengenai pandangan saya terhadap sosio-politik negara serta isu-isu semasa dalam Malaysia. Pelbagai maklumat telah saya dapat daripada penulisan blog. Juga beberapa peristiwa yang 'menghilangkan selera' saya untuk lebih aktif di dalam penulisan blog seperti penangkapan Raja Petra Kamarudin serta beberapa isu blogger-blogger lain...
Semakin bertambah... Pengguna laman blog semakin hari semakin bertambah kerana kesedaran mengenai kepentingannya
Semakin bertambah... Pengguna laman blog semakin hari semakin bertambah kerana kesedaran mengenai kepentingannya
Blog sememangnya menjadi medium untuk mereka menyuarakan pendapat dan luahan isi hati dengan bebas tanpa ditapis daripada mana-mana pihak. Kepentingan blog telah mula disedari masyarakat terutama kepada mereka yang minat akan penulisan-penulisan bebas. Kerajaan juga kini menyedari bahawa kepentingan blog tidak boleh dinafikan lagi dan mereka cuba memeperluaskan penggunaan blog dalam pelbagai bidang.
Pertama sekali apa yang kita perlu faham adalah:
Apa fungsi blog itu dicipta? Blog direka bagi mereka yang gemar melayari dunia siber atau mereka yang gemar menulis dan mahukan apa yang mereka tulis dikongsi bersama mereka di laman siber. Jadi blog adalah tempat mereka bersuara menggunakan cara mereka tersendiri untuk bersuara tentang pendapat masing-masing tidak kiralah mengenai sosio politik, ekonomi, hobi, hiburan mahupun kisah peribadi. Terpulang kepada mereka yang 'mendengar' suara itu mahu menerimanya ataupun tidak.
Siapa yang menggunakan blog? Mereka yang menggunakan blog adalah terdiri daripada golongan berpengaruh atau daripada hanya seorang kanak-kanak yang suka bermain 'Playstation'. Di Malaysia umpamanya telah ramai mereka yang mempunyai blog peribadi tidak kiralah dari golongan ahli politik, remaja, dewasa, golongan ibu dll. Kita perlu faham setiap golongan dan individu mempunyai cara atau pandangan mereka sendiri dalam sesuatu agenda atau pun isu....
Apa yang mereka tulis?Kebannyakkan mereka menulis tentang kisah peribadi, pendapat terhadap sesuatu isu ataupun berkongsi idea antara satu sama lain. Jadi blog merupakan medium bagi mereka untuk
Mungkin bagi mereka menulis secara formal (saya suka menulis secara formal) adalah lebih 'skema' dan bosan, mereka akan menulis dengan gaya yang lebih 'kasar' atau terbuka. Namun kita tidak boleh menyalahkan mereka atau mengatakan mereka kurang ajar kerana itu adalah cara mereka dan jika kita tidak suka cara itu, cari saja blog yang memenuhi citarasa anda. Di dunia ini ratusan blog untuk dibaca, tak mungkin satupun tidak kena dengan citarasa masing-masing.
Kesimpulannya patutkah blogger itu menjadi kurang ajar atau tidak terpulang kepada blogger itu sendiri bagaimana hendak 'mencorakkan' blog mereka untuk tatapan umum dan bagi mereka, pembaca-pembaca blog, jangan mudah mengatakan penulis blog kurang ajar atau tidak sopan kerana mungkin itu cara beliau menulis blog atau , meluahkan pendapat mereka. Saya juga kadang kala menulis mengikut 'mood'... Jika elok maka elok dan jika tidak maka sebaliknya.
Antara blog kegemaran saya:
http://bagindareformasi.blogspot.com/
http://chedet.co.cc/chedetblog/
http://utarawan.blogspot.com/
http://bagindareformasi.blogspot.com/
http://chedet.co.cc/chedetblog/
http://utarawan.blogspot.com/