Tuesday, April 28, 2009

Keris Sebagai Alter Ego Dan Kesilapan Perspektif di Kalangan Pemimpin Melayu

Malam tadi aku membaca buku yang aku beli dari kedai buku Harris bertajuk 'Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya' tulisan Farish A. Noor dan di dalam buku tersebut ada beliau menulis mengenai keris yang pada masa kini disalah anggap dan pemimpin-pemimpin Melayu mengintepretasikan KERIS itu sebagai simbol perkauman.

Aku sangat tertarik kepada topik berkenaan sehinggakan aku ingin sama2 berkongsi di laman blog ini. Untuk mukadimmahnya, aku menceritakan sejarah asalnya keris itu.

Keris itu pada asalnya berasal semasa zaman Hindu-Buddhisme lagi dan ianya jelas berasal dari India jika dilihat daripada perspektif kewujudan keris itu sendiri pada zaman itu. Keris juga bukanlah peralatan untuk berperang pada zaman dahulu. Jika diperhatikan pada jasad keris itu sendiri, berbanding alat lain yang ada pada zaman itu seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya, adakah keris sesuai untuk berperang melainkan perlawanan satu lawan satu yang menggunakan senjata yang sama.

Jika diperhatikan pada zaman dahulu, kewujudan keris berkait rapat dengan amalan atau ideologi Tantraisme yang menjadikan keris itu lambang feminine atau kewanitaan kerana ideologi Tantraisme amat mengangkat martabat wanita. Sebab itulah keris dijadikan dua bahagian iaitu mata (hulu) dan sarung. Mata diibaratkan sebagai 'lelaki' dan sarungnya adalah 'wanita'.

Jadi, bagi pencinta dan pengumpul keris atau yang mahir tentang keris berkata bahawa keris tidak boleh sewenang2nya dicabut dari sarungnya dan hanya orang yang tidak arif mengenai keris akan berbuat demikian.

Tetapi sekarang kita lihat, banyak persatuan-persatuan, pertubuhan serta parti-parti berhaluan kanan yang menjadikan senjata terutama keris sebagai lambang yang menunjukkan kononnya kelelakian dan 'macho'nya mereka untuk membela sesuatu bangsa.

Juga mereka yang sewenang2nya mencabut keris, menghunuskan mata dikhalayak ramai di depan kamera disiarkan di tv. Ini sememangnya menjatuhkan lambang kemegahan keris dan keris yang dilihat sebagai lambang sejagat itu menjadi keris yang mempunyai alter ego dan keris yang melambangkan perkauman.

Fikir2kan.... Wasslam.


Sunday, April 26, 2009

Perubahan Dunia Politik Malaysia...

Semakin hari selepas perubahan tampuk pemerintahan di Malaysia berlaku, semakin banyak perubahan yang dimahukan oleh rakyat Malaysia terhadap Dunia serta senario politik Malaysia masa kini. Apakah kita semua lupa apa yang berlaku semasa perubahan Kuasa Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak dahulu???

Bagaimana perubahan berlaku semasa pemerintahan Abdul Razak dahulu??? Sepatutnya ianya perlu diteliti dan diamati sedalam-dalamnya. Perubahan dunia politik Malaysia masih belum terlambat untuk diubah tetapi amat memerlukan jangka masa yang lama untuk diubah sebaik2nya...

Aku lebih suka politik Malaysia ini berpaksikan kepada sejarah lepas supaya pemimpin2 Malaysia ini menjadikan yang baik dari mereka2 yang dahulu itu sebagai 'tapak pelancar' dan segala yang tidak baik dari mereka2 dahulu sebagai panduan supaya kesilapan yang sama tidak berlaku lagi sehinggakan jatuhnya bangsa sendiri yang bergelar 'MELAYU'.