Tuesday, August 11, 2009

KELAHIRAN BARU....

Kepada sesiapa yang mengikuti blog saya samada secara terang atau sembunyi... saya telah melahirkan satu lagi blog baru yang lebih liberal dan lebih menarik.... Selamat melayari:

http://newsfam.wordpress.com

Saturday, June 6, 2009

MUKTAMAR PAS

Tepat sekali jangkaan dan analisis saya. Golongan Ulama' menguasai persidanngan atau Muktamar PAS. Apapun, saya ucapkan tahniah kepada yang terpilih, teruskan agenda dan ideologi PAS dan kepada yang tidah terpilih juga bersama2 lah berjuang untuk membersihkan kembali medan politik Malaysia yang semakin tercemar.

Sekian, Wassalam.

Friday, June 5, 2009

MUKTAMAR PAS: PERCATURAN ANTARA ULAMA' & PROFESSIONAL (BAHAGIAN II)

Penulisan saya ini menyambung kepada artikel saya sebelum ini iaitu mengenai perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmy, seorang pemikir dan ahli politik yang menonjol di dalam sejarah Malaysia. Dr. Burhanuddin membawa haluan PAS berbeza daripada sekarang. Perbezaan yang dibawa itu saya lihat adalah satu perbezaan yang bagi saya adalah amat positif.

Dr.Burhanuddin merupakan satu-satunya pemimpin yang membawa ideologi nasionalisme, politik antiperkauman, dan antikolonialis. Bagi saya, semasa PAS dibawah pemerintahan Dr.Burhanuddin, PAS menjadi sebuah parti Islamis radikal yang cuba menggabungkan Islamis dan Nasionalis dan ternyata menolak sama sekali politik perkauman seperti yang dibawa parti haluan kanan masa kini!

Idea dan falsafah politik Dr.Burhanuddin amat bercanggah dengan falsafah pemimpin parti pada masa kini, yang pada saya lebih tertumpu untuk membangunkan sebuah negara Islam, yang melaksanakan semua undang2 dan syariat Islam. Dr.Burhanuddin berbeza dengan ulama'2 konservatif kerana beliau tidak pernah menggunakan hadith dan ayat Al-Quran dalam perjuangannya samada pada ahli mahupun penentangnya.

Pendekatan dan pendirian Dr.Burhanuddin inilah yang memberi gambaran yang menakutkan untuk PAS memilih golongan professional atau golongan akademik untuk menjadi peneraju kepimpinan parti kerana bimbang ideologi dan matlamat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam akan terkubur. Hidup atau mati, sudah tentu golongan ulama' yang akan menjadi tunjang utama dalam PAS. Kita lihat pada akhir sidang Muktamar nanti. Saya yakin hampir kesemua jawatan utama akan dipegang oleh golongan Ulama'.

Walau apa pun, saya sekali lagi menyatakan bahawa, pendirian, matlamat dan ideologi Dr. Burhanuddin itu amat berguna dan patut dinilai dari dahulu lagi. Bagi saya, ideologi tersebut amat berguna pada masa sekarang! Kerana di Malaysia masih belum ada parti yang betul2 membawa pegangan nasionalis, antikolonialisme dan anti perkauman serta menolak segala unsur yang berbaur perkauman. BELUM ADA LAGI DI MALAYSIA. Sayang sekali akibat kerakusan kuasa, Dr. Burhanuddin dipinggirkan dan ditahan ISA kerana dituduh merancang dan menjalankan aktiviti anti-Malaysia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia ketika itu dan beliau meninggal dunia tidak lama selepas beliau dibebaskan dari tahanan ISA.

Wassalam.

MUKTAMAR PAS: PERCATURAN ANTARA ULAMA' & PROFESSIONAL (BAHAGIAN I)

Setiap kali saya melihat Muktamar PAS berlangsung dan Dewan bersidang, isu yang sama iaitu perebutan jawatan antara golongan Professional dan golongan Ulama' akan timbul. Mengapa ini semua berlaku... Kita kembali pada zaman seawal penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24 November 1951 (walaupun terdapat beberapa tarikh yang berbeza mengenai pertubuhan parti ini) .

Pada awal penubuhan parti ini, ramai ahli PAS menjadi ahli kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Presiden atau pengerusi pertama PAS pada masa itu iaitu Ustz Hj Ahmad Fuad Hassan, juga adalah ahli UMNO. Namun bukan ini yang saya ingin pertekankan... Apa yang saya tertarik mengenai PAS adalah semasa zaman kepimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy, presiden ketiga PAS (1956).

Bagi saya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah antara tokoh politik dan cendikiawan yang amat menonjol pada zamannya dan antara yang terserlah dalam sejarah Malaysia, tetapi semua jasa beliau dilupakan begitu sahaja dan diabaikan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ahli di dalam PAS sendiri.Jadi kenapa golongan professional dan ulama' menjadi percaturan, semuanya berpunca dari zaman ini... Nantikan artikel saya seterusnya mengenai ideologi beliau dalam PAS.

Friday, May 29, 2009

Wajib 10 Subjek Untuk SPM

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Muhyiddin Yassin menetapkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), yg dahulunya Sijil Pelajaran Malaysia, mengambil hanya 10 subjek. Saya sangat setuju dengan keputusan ini. Selain dapat mengelakkan isu tidak adil di kalangan penerima biasiswa, pelajar bagi saya lebih dapat menumpukan kepada 10 subjek sahaja dan tidak perlu memeningkan kepala untuk mengambil sehingga berbelas2 subjek.

Tahniah. Satu perubahan yang saya fikir bagus dilakukan oleh Dato' Seri demi mengubah nasib anak bangsa kita. Harapan lebih banyak lagi perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan negara untuk bersaing dengan pendidikan di luar negara. Saya tetap menunggu keputusan akhir yang akan diumumkan Dato' Seri pada minggu hadapan mengenai PPSMI samada mahu diteruskan atau ditarik balik.

sekian. Wassalam.

Tuesday, May 26, 2009

Harga Minyak Bakal Naik September ini???

Hari itu aku ada terdengar di televisyen bahawa Najib Razak, Perdana Menteri dengan konsep 'Satu Malaysia', rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...berkata bahawa harga minyak akan dinaikkan menjelang September 2009. Antara alasan yang diberikan adalah:

1. Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik.
2. Minyak atau petrol yang dibekalkan adalah dari Ron atau jenis yang lebih berkualiti.

Adakah ekonomi kita dalam keadaan yang baik??? Adakah Najib ini mengkaji atau main cakap lepas sahaja. Kenapa masih ada syarikat yang masih membuang pekerja? Penganalisis ekonomi pun ada menyatakan masalah ekonomi akan beransur pulih pada 2011 atau 2012. Dunia sekarang ini mempunyai masalah ekonomi yang hebat, tetapi Najib kata ekonomi Malaysia pada tahap yang baik, dan jika pada tahap yang baik, sepatutnya harga minyak diturunkan!!! Bukan dinaikkan 20 sen menjadi RM2.00!!!

Kalau macam ni situasinya... slogan itu boleh ditukar... DUIT DIDAHULUKAN, PROJEK MEGA DIUTAMAKAN, RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN!!!! Orang ramai pun tahu Malaysia ni memang satu je... xpayah nak buat konsep satu Malaysia!

Sekian wassalam.

Sudah Dijangka Apa Retoriknya Untuk Nizar

Kemelut politik Perak akhirnya terurai dengan keputusan mahkamah rayuan memihak kepada Zambry yang sebelum ini sudah dijangka oleh pihak pembangkang dan Dato' Seri Nizar sendiri.

Aku juga telah menjangka perkara ini akan berlaku. Sebut sahaja sistem perundangan negara dan sistem kehakiman negara, khususnya kes2 yang berprofil tinggi, sememangnya ada campur tangan orang ketiga yang menjejaskan dan 'mengotorkan' lagi sistem kehakiman dan perundangan negara. Bukan aku mengatakan semua hakim dan peguam dipengaruhi... hanya sesetengah bagi aku yang betul2 dikawal.

Bagi aku, keputusan Dato' Seri Nizar untuk meneruskan perjuangannya dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan adalah yang terbaik kerana ianya merupakan mahkamah yang tertinggi dalam negara. Tetapi aku juga ragu2 dengan keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah persekutuan nanti. Kita sama2 saksikan. Bagi Dato' Seri Nizar, bersabarlah... Ada hikmah disebaliknya. Rakyat Perak akan menentukan segalanya. Teruskan perjuangan Dato' Seri. Insyaallah ada keajaiban yang akan berlaku.

Wassalam