Friday, May 29, 2009
Wajib 10 Subjek Untuk SPM
Tahniah. Satu perubahan yang saya fikir bagus dilakukan oleh Dato' Seri demi mengubah nasib anak bangsa kita. Harapan lebih banyak lagi perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan negara untuk bersaing dengan pendidikan di luar negara. Saya tetap menunggu keputusan akhir yang akan diumumkan Dato' Seri pada minggu hadapan mengenai PPSMI samada mahu diteruskan atau ditarik balik.
sekian. Wassalam.
Tuesday, May 26, 2009
Harga Minyak Bakal Naik September ini???
Hari itu aku ada terdengar di televisyen bahawa Najib Razak, Perdana Menteri dengan konsep 'Satu Malaysia', rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...berkata bahawa harga minyak akan dinaikkan menjelang September 2009. Antara alasan yang diberikan adalah:
1. Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik.
2. Minyak atau petrol yang dibekalkan adalah dari Ron atau jenis yang lebih berkualiti.
Adakah ekonomi kita dalam keadaan yang baik??? Adakah Najib ini mengkaji atau main cakap lepas sahaja. Kenapa masih ada syarikat yang masih membuang pekerja? Penganalisis ekonomi pun ada menyatakan masalah ekonomi akan beransur pulih pada 2011 atau 2012. Dunia sekarang ini mempunyai masalah ekonomi yang hebat, tetapi Najib kata ekonomi Malaysia pada tahap yang baik, dan jika pada tahap yang baik, sepatutnya harga minyak diturunkan!!! Bukan dinaikkan 20 sen menjadi RM2.00!!!
Kalau macam ni situasinya... slogan itu boleh ditukar... DUIT DIDAHULUKAN, PROJEK MEGA DIUTAMAKAN, RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN!!!! Orang ramai pun tahu Malaysia ni memang satu je... xpayah nak buat konsep satu Malaysia!
Sekian wassalam.
Sudah Dijangka Apa Retoriknya Untuk Nizar
Aku juga telah menjangka perkara ini akan berlaku. Sebut sahaja sistem perundangan negara dan sistem kehakiman negara, khususnya kes2 yang berprofil tinggi, sememangnya ada campur tangan orang ketiga yang menjejaskan dan 'mengotorkan' lagi sistem kehakiman dan perundangan negara. Bukan aku mengatakan semua hakim dan peguam dipengaruhi... hanya sesetengah bagi aku yang betul2 dikawal.
Bagi aku, keputusan Dato' Seri Nizar untuk meneruskan perjuangannya dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan adalah yang terbaik kerana ianya merupakan mahkamah yang tertinggi dalam negara. Tetapi aku juga ragu2 dengan keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah persekutuan nanti. Kita sama2 saksikan. Bagi Dato' Seri Nizar, bersabarlah... Ada hikmah disebaliknya. Rakyat Perak akan menentukan segalanya. Teruskan perjuangan Dato' Seri. Insyaallah ada keajaiban yang akan berlaku.
Wassalam
Saturday, May 16, 2009
-BANGSA MELAYU-
Adakah istilah 'Bangsa' secara umumnya dan 'Bangsa Melayu' khususnya memang wujud dari dahulu lagi?
Di dalam buku Di Balik Malaysia ada menyatakan bahawa wujudnya pembahagian 'bangsa' yang berbeza2 di Asia adalah hasil ciptaan penjajah dan sebelum ini, seluruh penduduk di rantau ini tidak menganggap mereka berasal daripada sesuatu kaum atau bangsa tertentu. Sememangnya pada masa dahulu tidak wujud perkataan atau istilah 'bangsa melayu', 'bangsa cina', 'bangsa india' dan sebagainya. Selepas kedatangan Baratlah baru penduduk di rantau ini dipecahbelahkan.
Jika diperhatikan dengan teliti, tidak ada satu naskhah pun hikayat yang ditulis sebelum abad ke19 yang menggunakan istilah 'bangsa' atau menggelarkan orang di Tanah Melayu sebagai 'bangsa melayu' dalam sesuatu hikayat.
Fikir2kan... Wassalam
Friday, May 15, 2009
Kenapa Susah Nak Selesaikan Masalah PERAK!!!
Topik atau isu politik di Perak... Ayat mudahnya yang mampu aku gunakan... 'MUAK'. Dah muak di dengar... Mereka yang tak minat berpolitik pun garu kepala kenapa isu ni tak abis2... Kenapa pemimpin2 kita ni tidak 'berakal' ke nak menyelesaikan masalah yang bagi aku mudah sahaja penyelesaiannya.
Kerusi Menteri Besar Perak masih kosong... Tiada siapa yang mengisi kedudukan itu... Jadi di Malaysia, langkah yang paling... Aku rasa bukan paling... dah memang sepatutnya dilakukan dari timbulnya isu ni dahulu iaitu... PILIHANRAYA SEMULA!!!
Apa yang susah sangat... Pepatah melayu ada mengatakan 'Berani kerana benar, takut kerana Salah'... Jika benar, menanglah pihak yang benar... Pihak yang salah itu semestinya akan menerima kekalahan... Pilihan sekarang bukan di tangan pemimpin.. Ini Malaysia... Yang menentukan rakyat sendiri!!! Pemimpin sudah lupakah apa itu Demokrasi Berparlimen???
Aku tidak berniat menulis lebih lanjut kerana isu ini masih diperingkat mahkamah dan kita nantikan sama-sama apa kesudahannya dan retorik isu ini...
Fikir2kan bersama... Wassalam
Tuesday, April 28, 2009
Keris Sebagai Alter Ego Dan Kesilapan Perspektif di Kalangan Pemimpin Melayu
Aku sangat tertarik kepada topik berkenaan sehinggakan aku ingin sama2 berkongsi di laman blog ini. Untuk mukadimmahnya, aku menceritakan sejarah asalnya keris itu.
Keris itu pada asalnya berasal semasa zaman Hindu-Buddhisme lagi dan ianya jelas berasal dari India jika dilihat daripada perspektif kewujudan keris itu sendiri pada zaman itu. Keris juga bukanlah peralatan untuk berperang pada zaman dahulu. Jika diperhatikan pada jasad keris itu sendiri, berbanding alat lain yang ada pada zaman itu seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya, adakah keris sesuai untuk berperang melainkan perlawanan satu lawan satu yang menggunakan senjata yang sama.
Jika diperhatikan pada zaman dahulu, kewujudan keris berkait rapat dengan amalan atau ideologi Tantraisme yang menjadikan keris itu lambang feminine atau kewanitaan kerana ideologi Tantraisme amat mengangkat martabat wanita. Sebab itulah keris dijadikan dua bahagian iaitu mata (hulu) dan sarung. Mata diibaratkan sebagai 'lelaki' dan sarungnya adalah 'wanita'.
Jadi, bagi pencinta dan pengumpul keris atau yang mahir tentang keris berkata bahawa keris tidak boleh sewenang2nya dicabut dari sarungnya dan hanya orang yang tidak arif mengenai keris akan berbuat demikian.
Tetapi sekarang kita lihat, banyak persatuan-persatuan, pertubuhan serta parti-parti berhaluan kanan yang menjadikan senjata terutama keris sebagai lambang yang menunjukkan kononnya kelelakian dan 'macho'nya mereka untuk membela sesuatu bangsa.
Juga mereka yang sewenang2nya mencabut keris, menghunuskan mata dikhalayak ramai di depan kamera disiarkan di tv. Ini sememangnya menjatuhkan lambang kemegahan keris dan keris yang dilihat sebagai lambang sejagat itu menjadi keris yang mempunyai alter ego dan keris yang melambangkan perkauman.
Fikir2kan.... Wasslam.
Sunday, April 26, 2009
Perubahan Dunia Politik Malaysia...
Bagaimana perubahan berlaku semasa pemerintahan Abdul Razak dahulu??? Sepatutnya ianya perlu diteliti dan diamati sedalam-dalamnya. Perubahan dunia politik Malaysia masih belum terlambat untuk diubah tetapi amat memerlukan jangka masa yang lama untuk diubah sebaik2nya...
Aku lebih suka politik Malaysia ini berpaksikan kepada sejarah lepas supaya pemimpin2 Malaysia ini menjadikan yang baik dari mereka2 yang dahulu itu sebagai 'tapak pelancar' dan segala yang tidak baik dari mereka2 dahulu sebagai panduan supaya kesilapan yang sama tidak berlaku lagi sehinggakan jatuhnya bangsa sendiri yang bergelar 'MELAYU'.