Monday, May 17, 2010

KRISIS PEJUANG BAJU MERAH: hampir sama seperti yang berlaku di Perak suatu ketika dahulu


Lihat sahaja bagaimana kerajaan di sana membenarkan rakyat berhimpun serta menyuarakan pendapat… mendesak kerajaan serta memberi tekanan secara berhimpun beramai2… Ini menunjukkan demokrasi sebenar, cuma apabila ianya berlarutan dan semakin teruk, kerajaan Thailand terpaksa menggunakan kekerasan.

Sama sahaja pokoknya: rakyat mahu bersuara untuk mengadakan pilihanraya semula bagi memilih pemimpin yang mereka mahukan dan percaya. Penyelesaiannya mudah sahaja samada di Perak dahulu mahupun buat Abhisit Vejajiva, iaitu: Pilihanraya semula.

Jika kita perhatikan sekarang rakyat di Thailand mahu Raja mereka campur tangan dalam politik yang bergolak di negara mereka. Di Perak juga sudah melibatkan sistem Raja di mana pihak tertentu telah melibatkan institusi Di Raja dalam merampas kuasa di negeri tersebut. Ternyata situasi yang berlaku sama cuma yang membezakannya adalah ianya berlaku dalam saiz kelompok yang berbeza.

Kriris politik di Thailand hanya mampu dileraikan dengan membubarkan parlimen serta mengadakan emula pilihanraya agar kehendak rakyat dapat ditunaikan secara adil dan demokrasi…

Fikir2kan…Sekian... Lain hari kita bicara....

ADAKAH TSUNAMI POLITIK DI SABAH SARAWAK SUDAH BERMULA?

Semalam jam 10.58 minit malam Pengerusi SPR mengumumkan bahawa Calon DAP yang bertanding untuk pilihanraya kecil Parlimen Sibu, Wong Ho Leng menang dengan jumlah undi 18 845 mengalahkan calon BN dengan majoriti 398.

Spekulasi bahawa orang Sabah Sarawak mula merasai tsunami politik di semenanjung semakin jelas kelihatan.

Namun adakah kemenangan ini menjanjikan pihak pembangkang bahawa mereka mampu menakluki Sabah Sarawak yang sememangnya menjadi kubu kuat BN? Ini tidak mustahil...

Politik mampu membawa perubahan jika cara yang digunakan betul serta tepat.

Saturday, May 15, 2010

AGENDA SETTING THEORY MELAMPAU: APA NAK JADI MEDIA MALAYSIA?

Kebelakangan ini semakin meluat melihat media Malaysia tak kiralah media cetak dan media elektronik. Tak perlu saya sebutkan nama pun sudah ramai tahu media itu. Bukan satu bahkan hampir semuanya ada menggunakan agenda setting theory.

Kata lainnya fenomena ini boleh disebut sebagai 'Media Acquisitions' menyebabkan saya antara pembaca dan penonton fade up! Ke mana hilangnya kebebasan selama ini? Utusan Malaysia... sebelum dibeli oleh kumpulan itu (tak payah disebut) bebas... Namun lepas tu, terlampau mengikut telunjuk!

Rakyat Malaysia sekarang ni bukan semua masih terceruk kat dalam ladang getah dan kelapa sawit! Masing2 dah ada otak dan minda untuk berfikir!

ANTARA MELAPOR DAN MENGANALISIS

"Assalamualaikum… Setelah sekian lama menyepi kerana sibuk dengan pelajaran, syukur saya dapat meneruskan hasil tulisan saya dalam blog ini…"

Wartawan sememangnya diketahui umum tugasnya iaitu melaporkan apa yang berlaku kepada pembaca. Persoalan samada apa yang dilaporkan itu sahih atau hanya sekadar ‘agenda setting theory’, itu boleh dikupaskan dalam isu yang berlainan.Tetapi ada perbezaan antara melapor serta menganalisis apa yang dilaporkan.

Wartawan yang baik mampu melapor serta menganalisis isu yang dikupas atau ditulis. (1)Lapor dan (2)analisis adalah dua perkara berbeza yang harus dikuasai wartawan masa kini. Ini disebabkan kebanyakkan mereka tidak banyak yang melakukan perkara kedua iaitu menganalisis.

Analisis merupakan satu kemahiran serta dapat menguji samada wartawan itu benar-benar faham isu yang dilaporkan serta mampu mengeluarkan pendapat sendiri serta mengkritik secara membina terhadap isu yang dikupas.

Wartawan perlu memainkan peranan sepenuhnya bukan hanya sekadar melakukan tugas hanya untuk melepaskan diri daripada dimarah Editor.

Kita fikir2kan bersama... Sekian... Lain hari kita bicara.... Wassalam.

Tuesday, February 9, 2010

Kerajaan Guna Kesempatan ini untuk bertindak pantas...

Dengan kitiadaan Datuk Seri Anwar di parlimen kerana kesibukkan beliau turun naik mahkamah dengan kes liwat:2, kerajaan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan membahaskan beberapa isu penting di parlimen. Sememangnya ini yang dimahukan kerana umum sudah mengetahui 'takutnya' kerajaan dengan 'mulut' anwar yang lancang membidas....

Jadi dalam tempoh perbicaraan ini kita dapat lihat isu-isu menarik diperdebatkan di parlimen.... ;)

MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKALKAN ZAMBRY

Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan, Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak. Saya menerima sahaja apa yang mahkamah putuskan dan sudah menjangkakan sememangnya ini keputusannya.

Tak mengapalah... HArap Dato' Seri Nizar terima seadanya. Kita lihat keputusan sebenar pada Pilihan Raya Umum akan datang...

Thursday, February 4, 2010

Datuk Nasir Safar buat hal... 1 Malaysia diganggu gugat oleh orang bawahan Najib sendiri. Propaganda apa pula selepas ini?

“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.

Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.

“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.

Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.

Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.

“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.

Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.
_________________________________________________________________________

Datuk Nasir Safar pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.

Selasa lalu, Safar pada ucapannya di seminar 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. (jelas ada agenda disebaliknya)

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Hari ini, Najib mengakui sudah menerima surat perletakan jawatan Nasir. Kenapa ISA tidak terus digunakan? Inilah manusia yang sepatutnya menjadi penghuni Kemunting kerana: sebab asal ISA dibuat adalah menangkap sesiapa yang mencetus kacau bilau dan kedaulatan negara terutama dalam isu perkauman. Jadi? Cukupkah sekadar perletakan jawatan sahaja?

Fikir-fikirkan... Lain hari kita bicara. Wassalam.